Join Far East Insiders to enjoy extra discounts of up to 12% off

Learn more

Join Far East Insiders for extra 12% off

    Unlock a far more rewarding stay now:
    • Enjoy extra discounts of up to 12% off.
    • Membership is completely free. Sign up now to enjoy your benefits immediately.
    • Get priority to limited-availability sales and access to private deals.
SIGN UP HERE
Close X
Book Your Stay
1
Please select
Check In
Check Out
Check Out
1 Room(s), 2 Adult(s), 0 Child(ren)
2 0
Room
  • 2 Adult(s)
  • 0 Children (0-12 years)
+ Add Another Room
Promo Code
Privacy Policy

Polisi Perlindungan Data Peribadi

Terjemahan Bahasa Inggeris polisi ini boleh didapati sini.

Data peribadi anda adalah penting kepada kumpulan Far East Orchard Limited

Data peribadi anda adalah penting kepada kami dan ia adalah polisi kami untuk menghormati kerahsiaan maklumat dan privasi individu-individu. Polisi ini menggariskan bagaimana kami mengendalikan data peribadi yang kami pegang dalam pematuhan kepada Akta Perlindugan Data Peribadi Singapura 2012 (No. 26 dari 2012) di Singapura ("PDPA" tersebut) dan setakat yang terpakai, Peraturan Perlindungan Data Am (EU) 2016/679 ("GDPR") dan terpakai kepada semua bahagian dan organisasi di dalam Far East Orchard Limited, termasuk bahagian Far East Hospitality (secara kolektif, "FEOrchard"). Kami juga mematuhi undang-undang perlindungan data dan undang-undang privasi tempatan dalam operasi kami di luar Singapura.

 

  • APAKAH JENIS-JENIS DATA PERIBADI YANG KAMI MENGUMPUL?

    Kami boleh mengumpul dan menyimpan data peribadi individu-individu/entiti-entiti, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

    ● pelanggan-pelanggan;
    ● pemohon-pemohon pekerjaan dan pekerja-pekerja;
    ● pemegang saham;
    ● pembekal perkhidmatan; dan
    ● pihak-pihak lain yang kami mungkin berhubung

    Contoh-contoh data peribadi sebegitu termasuk biodata, maklumat berkaitan kesihatan, maklumat perhubungan, maklumat akaun dan keutamaan, pertanyaan, permintaan dan maklum balas anda.
  • BAGAIMANAKAH KAMI MENGUMPUL DATA PERIBADI ANDA?

    Cara-cara di mana kami boleh mengumpul data peribadi anda termasuk (tetapi tidak terhad kepada) mengumpul secara langsung atau tidak langsung daripada anda atau wakil-wakil diberikuasa anda ketika:

    ● anda mendaftar untuk peringatan atau surat berita kami;
    ● anda melawati laman web kami, flat pameran dan sebagainya;
    ● anda membeli atau memajak hartanah daripada kami;
    ● anda membuat tempahan atau tinggal di hartanah yang kami miliki atau mengoperasi;
    ● anda makan di cawangan-cawangan makanan dan minuman kami;
    ● anda melawat spa kami;
    ● anda memohon untuk pekerjaan dengan kami;
    ● anda menyertai acara-acara pemasaran atau promosi kami;
    ● anda menggunakan produk atau perkhidmatan kami;
    ● anda menghubungi kami dengan pertanyaan, permintaan atau maklum balas anda;
    ● kami menjalankan atau melengkapkan transaksi;
    ● kami menjalankan penyelidikan atau tinjauan pasaran; atau
    ● kami menjalankan temuduga.

  • UNTUK JENIS TUJUAN APAKAH KAMI MENGUMPUL DATA PERIBADI ANDA?

    Kami boleh mengumpul, menggunakan dan/atau mendedahkan data peribadi anda. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, semua atau mana-mana tujuan berikut:

    ● menjalankan dan melengkapkan transaksi (contohnya, memproses pesanan dan pembayaran; membekalkan produk atau perkhidmatan yang telah diminta);
    ● andamengendalikan tempahan anda untuk hotel-hotel atau kediaman berkhidmat kami atau apabila anda menjamu di cawangan makanan dan minuman kami atau mendiami di hartanah yang kami miliki atau mengoperasi;
    ● membekalkan perkhidmatan pelanggan (contohnya menjawab pertanyaan dan permintaan; memaklumkan anda tentang status perkhidmatan dan kemaskini produk; menghantar kepada anda peringatan dan surat berita);
    ● menjalankan penyelidikan pemasaran dan menambah baik perkhidmatan pelanggan (contohnya menjalankan penyelidikan atau tinjauan pemasaran; menjalankan analisis pemasaran; mengendalikan dan meningkatkan tahap produk dan perkhidmatan kami; menghasilkan produk-produk baru);
    ● menjalankan promosi pemasaran (contohnya penghantaran peringatan, surat berita, bahan-bahan pemasaran dan jemputan daripada kami secara keseluruhan atau melalui gabungan dengan pihak ketiga; menawarkan promosi dan program kesetiaan);
    ● mematuhi undang-undang, peraturan dan keperluan lain yang terpakai (contohnya memberikan bantuan kepada agensi-agensi penguatkuasa undang-undang, pihak-pihak berkuasa dan agensi-agensi pemerintah yang lain; melaksanakan audit dalaman);
    ● mengekalkan hubungan pelabur (contohnya penghantaran peringatan, surat berita, bahan-bahan pemasaran dan jemputan daripada kami secara keseluruhan atau melalui gabungan dengan pihak ketiga);
    ● menjalankan penilaian (contohnya menaksir kesesuaian pekerja); dan

    FEOrchard boleh memutuskan untuk membeli atau menjual aset yang merupakan sebahagian daripada atau berkaitan dengan perniagaannya atau sesuatu bahagian atau organisasi dalam FEOrchard. Dalam mana-mana transaksi sedemikian, data peribadi biasanya akan menjadi salah satu aset yang dipindahkan dan akan didedahkan kepada pembeli.

    Semua pembekalan data peribadi adalah secara sukarela. Walau bagaimanapun, bergantung kepada keadaan, jika anda tidak memberikan maklumat mengenai diri anda yang diminta oleh FEOrchard, FEOrchard mungkin tidak dapat membekalkan produk atau perkhidmatan yang berkaitan itu kepada anda.

  • BAGAIMANAKAH KAMI MENGGUNA DAN/ATAU MENDEDAHKAN DATA PERIBADI ANDA?

    Kami hanya akan mengguna, mendedahkan dan/atau memindah data peribadi anda untuk tujuan yang telah dimaklumkan kepada anda dan yang telah disetujui oleh anda atau yang dibenarkan di bawah undang-undang dan peraturan yang terpakai.

    Kami tidak akan menjual, menyewa atau memberikan data peribadi anda kepada pihak ketiga untuk tujuan komersial tanpa persetujuan anda.
  • DENGAN SIAPAKAH AKAN KAMI BERKONGSI DATA PERIBADI ANDA?

    Bergantung kepada produk atau perkhidmatan yang berkenaan, data peribadi anda boleh didedahkan atau dipindahkan kepada:

    ● other divisions or organizations bahagian atau organisasi yang lain di dalam FEOrchard;
    ● rakan kongsi usahasama/bersekutu kami;
    ● pembekal perkhidmatan dan penasihat/institusi pakar kami yang telah diberikan kontrak untuk membekalkan perkhidmatan pentadbiran, kewangan, guaman, perakaunan, teknologi maklumat, penyelidikan atau perkdihmatan yang lain;
    ● penanggung insurans, pembekal kredit, mahkamah, tribunal, agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang, pihak berkuasa dan agensi-agensi pemerintah yang lain seperti mana yang telah dipersetujui atau yang dibenarkan di sisi undang-undang;
    ● agensi-agensi laporan atau rujukan kredit atau penyiasat insurans;
    ● sesiapa yang diberikuasa oleh seorang individu, seperti yang ditetapkan oleh individu tersebut atau perjanjian tersebut.

    Di mana data peribadi didedahkan atau dipindahkan kepada organisasi di luar FEOrchard yang mengendalikan atau menerima data peribadi sebagai pembekal perkhidmatan kepada FEOrchard, kami mewajibkan organisasi itu untuk mengakui kerahsiaan data peribadi sedemikian, berjanji untuk menghormati hak individu untuk privasi dan mematuhi PDPA (dan jika terpakai, GDPR) dan Polisi ini dan menggunakan data peribadi sedemikian hanya untuk tujuan kami dan sebaliknya mengikuti kami arahan yang munasabah berkenaan dengan data ini.

    Di samping itu, di mana data peribadi dipindahkan ke luar negara dan kami mungkin perlu memproses atau mengendali data peribadi anda di luar Singapura, kami akan memastikan bahawa pindahan tersebut mematuhi PDPA dan Polisi ini atau dibenarkan di bawah undang-undang dan peraturan perlindungan data dan privasi yang terpakai.
  • BAGAIMANAKAH KAMI MENGENDALI, MELINDUNGI DAN MENYIMPAN DATA PERIBADI ANDA?

    FEOrchard telah melantik seorang Pegawai Perlindungan Data (“DPO”) untuk menyelia pengendalian data peribadi oleh kami selaras dengan PDPA (dan di mana terpakai, GDPR).

    Kami memandang serius terhadap pelanggaran privasi anda dan kami telah menyediakan langkah-langkah keselamatan yang berpatutan untuk menjamin dan melindungi maklumat anda, contohnya melatih pekerja kami yang mengendalikan data peribadi anda supaya mereka menghormati kerahsiaan data peribadi tersebut dan privasi anda, menyimpan data peribadi dalam gabungan kemudahan simpanan komputer yang selamat dan fail berdasarkan kertas dan rekod yang lain, dan mengambil langkah-langkah untuk melindungi data peribadi yang kami simpan daripada penyalahgunaan, kehilangan, akses tanpa kebenaran, pengubahsuaian atau pendedahan.

    Walaubagaimanapun, anda memahami bahawa bukanlah tanggungjawab kami untuk melindungi dengan sempurna data peribadi anda daripada serangan siber seperti hacking, spyware dan virus-virus. Oleh itu, anda tidak akan memegang kami bertanggungjawab untuk sebarang pendedahan tanpa kebenaran, kehilangan atau pemusnahan data peribadi anda yang timbul daripada risiko-risiko tersebut.

    PDPA tersebut juga mewajibkan kami supaya tidak menyimpan data peribadi lebih lama daripada yang diperlukan. Kami akan berhenti menyimpan data peribadi anda apabila kami tidak lagi memerlukannya untuk tujuan-tujuan yang telah kami maklumkan kepada anda pada masa asalnya atau untuk keperluan perniagaan atau undang-undang yang lain.
  • BAGAIMANAKAH KAMI MEMASTIKAN BAHAWA DATA PERIBADI TERSEBUT TEPAT DAN DIKEMASKINI DAN BAGAIMANA UNTUK MELAKSANAKAN HAK ANDA UNTUK MEMBETULKAN DATA PERIBADI ANDA YANG KAMI SIMPAN?

    Kami berusaha untuk memastikan bahawa data peribadi anda yang kami simpan adalah tepat dan dikemaskini. Kami sedar bahawa data peribadi tersebut sering berubah berikutan dengan perubahan alamat dan keadaan peribadi yang lain. Kami menggalakkan anda supaya menghubungi kami secepat mungkin untuk mengemaskini sebarang data peribadi anda yang kami simpan. Sila melengkapkan Borang Pembetulan Data Peribadi dan hantarkannya kepada DPO FEOrchard dengan mana anda sedang berurusan. Butir-butir hubungan kami adalah dinyatakan di bawah. Kami mungkin memerlukan anda untuk mengesahkan identiti anda.
  • BAGAIMANAKAH UNTUK MELAKSANAKAN HAK ANDA UNTUK MENGAKSES DATA PERIBADI ANDA YANG DISIMPAN OLEH KAMI?

    Untuk membuat permintaan untuk mengakses data peribadi anda yang kami simpan, sila hubungi DPO FEOrchard dengan mana anda berurusan dengan secara bertulis menggunakan Mengakses Data Peribadi. Kami akan meminta anda untuk mengesahkan identiti anda dan menentukan data yang anda perlukan. Bergantung kepada keadaan, kami boleh mengenakan yuran yang munasabah untuk menampung kos mengesahkan permohonan itu dan mencari, mendapatkan semula, mengkaji dan menyalin sebarang bahan yang diminta. Sekiranya data yang dicari adalah luas, kami akan memaklumkan kos yang mungkin terlebih dahulu dan boleh membantu untuk menghalusi permintaan anda jika diperlukan.
  • BAGAIMANAKAH UNTUK MELAKSANAKAN HAK ANDA UNTUK MENARIK BALIK PERSETUJUAN ANDA?

    Persetujuan yang anda berikan akan kekal sah sehingga masa ia ditarik balik oleh anda secara bertulis. Untuk membuat permintaan untuk menarik balik kebenaran anda yang diberikan sebelum ini, sila hubungi DPO untuk FEOrchard secara bertulis.

    Setelah menerima permintaan bertulis anda untuk menarik balik persetujuan anda, kami mungkin memerlukan masa yang berpatutan (bergantung kepada kerumitan permintaan dan ditentukan berdasarkan kes demi kes) untuk permintaan anda diproses dan bagi kami untuk memberitahu anda tentang akibatnya daripada kita menyetujui perkara yang sama.
  • BAGAIMANA SEKIRANYA ANDA INGIN MEMBUAT ADUAN?

    Sekiranya anda berpendapat bahawa mana-mana tindakan FEOrchard melanggar PDPA tersebut (atau di mana terpakai, GDPR) atau Polisi ini, anda boleh membuat aduan kepada Penyelaras DPO dengan melengkapkan Borang Aduan. FEOrchard akan berusaha untuk bertindak segara terhadap sesuatu aduan.
  • BAGAIMANAKAH UNTUK MENGHUBUNGI KAMI?

    Anda boleh menghubungi Pegawai Data Peribadi untuk FEOrchard di FEOrchard at DPO@fareastorchard.com.sg
  • POLISI KUKI

    Laman web kami menggunakan kuki untuk membezakan anda dari pengguna lain di laman web kami. Ini membantu kami untuk menyediakan anda dengan pengalaman yang baik apabila anda melayari laman web kami dan juga membolehkan kami untuk meningkatkan laman web kami.

    Polisi kuki kami menerangkan bagaimana kami menggunakan kuki dan teknologi yang serupa. Untuk maklumat lanjut mengenai cara kami menangani data peribadi anda, sila baca polisi privasi kami. 

    Apa itu kuki?
    Kuki adalah fail kecil huruf dan nombor yang kami simpan pada penyemak imbas anda atau cakera keras komputer anda. Kuki mengandungi maklumat yang dipindahkan ke cakera keras komputer anda. Kuki menghantar maklumat mengenai anda dan penggunaan laman web kami oleh anda, seperti jenis penyemak imbas anda, pilihan carian, data yang berkaitan dengan iklan yang telah dipaparkan kepada anda atau yang telah anda klik, dan tarikh dan waktu penggunaan anda.

    Apakah jenis kuki yang kami gunakan?
    Kami menggunakan dua jenis kuki di laman web kami: "kuki sesi" dan "kuki berterusan".

    Kuki sesi adalah kuki sementara yang digunakan untuk mengingati anda semasa lawatan anda ke laman web, dan mereka tamat tempoh apabila anda menutup penyemak imbas web.

    Kuki berterusan digunakan untuk mengingati keutamaan anda dalam laman web dan kekal pada desktop atau peranti mudah alih anda walaupun selepas anda menutup penyemak imbas anda. Kami menggunakan kuki ini untuk menganalisis tingkah laku pengguna supaya kami boleh meningkatkan fungsi laman web kami untuk anda. Kuki ini juga membolehkan kami melayani anda dengan pengiklanan yang disasarkan dan mengukur keberkesanan fungsi dan pengiklanan laman web kami.

    Di samping itu, sila ambil perhatian bahawa kami menggunakan kuki pihak-ketiga daripada pembekal perkhidmatan pihak-ketiga untuk membantu kami menganalisis, melaksanakan dan meningkatkan usaha pengiklanan dan pemasaran kami kepada anda.

    Data jenis apa yang dikumpulkan oleh kuki kami?
    Data yang dikumpulkan oleh kuki kami adalah nama samaran, dan tidak boleh dikaitkan dengan anda atau mana-mana orang tertentu yang lain tanpa menggunakan maklumat tambahan.

    Data yang dikumpulkan oleh kuki kami disimpan sepenuhnya berasingan -   kami tidak menggabungkan data yang dikumpul, digunakan dan disimpan oleh kuki kami dengan apa-apa bentuk data peribadi dan boleh dikenalpasti.

    Tujuan kuki
    (i) Kuki yang sangat diperlukan. Ini adalah kuki yang diperlukan untuk operasi laman web kami dengan membolehkan fungsi asas seperti navigasi halaman dan akses ke kawasan selamat di laman web.;

    (ii) Kuki analisis/prestasi. Mereka membenarkan kami untuk mengenali dan menghitung bilangan pelawat dan melihat bagaimana pelawat bergerak di laman web kami apabila mereka menggunakannya. Ini membantu kami memperbaiki cara  laman web kami berfungsi, contohnya, dengan memastikan pengguna mendapati apa yang mereka cari dengan mudah.

    (iii) Kuki fungsi. Ini digunakan untuk mengenali anda apabila anda kembali ke laman web kami. Ini membolehkan kami untuk memperibadikan kandungan kami untuk anda dan mengingati keutamaan anda.

    (iv) Kuki menyasarkan. Kuki ini merakamkan kunjungan anda ke laman web kami, halaman yang anda lawati dan pautan yang telah anda ikuti. Kami akan menggunakan maklumat ini untuk membuat laman web kami dan iklan yang dipaparkan di atasnya lebih relevan dengan minat anda. Kami juga mungkin berkongsi maklumat ini dengan penyedia perkhidmatan pihak-ketiga kami untuk tujuan ini.

    Bagaimanakah saya menguruskan kuki?
    Anda boleh memilih untuk menolak atau menyekat semua jenis atau jenis kuki khusus yang ditetapkan berdasarkan lawatan anda ke laman web kami dengan melaraskan keutamaan kuki pada penyemak imbas anda.

    Sila rujuk laman web ini: http://www.aboutcookies.org.uk/managing-cookies untuk mengetahui bagaimana anda boleh mengurus keutamaan kuki pada penyemak imbas anda.

    Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa jika semua kuki dilumpuhkan atau dikeluarkan (termasuk kuki sangat diperlukan) , tidak semua ciri laman web kami boleh beroperasi seperti yang ditujukan, contohnya anda mungkin tidak dapat melawat kawasan tertentu di laman web kami atau anda mungkin tidak menerima maklumat yang diperibadikan apabila anda melawat laman web kami.
  • MENGEMASKINI POLISI INI

    Polisi ini akan disemak dari masa ke semasa untuk mengambilkira undang-undang dan teknologi yang baru, perubahan dalam operasi dan amalan kami dan suasana perniagaan yang berubah. Polisi ini telah akhir kali dikemaskini dalam bulan Mei 2018. Sekiranya anda tidak pasti sama ada anda sedang membaca versi yang terkini atau tidak, sila hubungi kami. 

    Borang Pembetulan Data Peribadi

    Borang Permintaan untuk Mengakses Data Peribadi

    Borang Aduan

    Borang Penyingkiran Data Peribadi